Thursday 16 May 2013

MEMARTABATKAN BAHASA MELAYU

            
                                                                                                                        
                                     KARANGAN RESPONS TERBUKA(100M)


            assalamualikum korang ....sya nak kongsi lahh sedikit ilmu yang sangat berguna untuk korang sebelum melangkah ke dewan peperiksaan .... walaupun saya bukan guru tapi tak salah kan nak kongsi kat korang kan ...:)saya nak cerita sedikit lahh waktu sebelum saya pergi ke seminar dekat USIM penceramah dia best glerr ....walaupun saya pergi sana agak mahal tapi ilmu yang dia bagi sangat berguna untuk kami semua penceramah dia walaupun orang india cara percakapan dia sangat bagus .,, ..kawan saya bm selalu dapat gagal tapi selepas dia  pergi seminar tu dia  jadi lebih semangat untuk belajar .dan akhirnya dia ada peningkatan ....saya harap ilmu ni berguna lah kat korang walaupun ia hanya sedikit saya harap korang boleh mencatat lahh ilmu yang saya bagi kat korang oke ...saya bagi korang ini karangan 100markah oke :)

        Untuk pembelajaran korang yang pertama saya nak tunjukkan FRASA MENARIK BOLEH DIGUNAKAN UNTUK MENULIS  KARANGAN ..
 ~mendepani realiti baharu dunia yang pantas berubah dan berkembang
 ~menghirup udara hasil kemerdekaan
~pembudayaan ilmu perlu dipupuk dan dibajai oleh generasi muda masa kini
~membenam budaya HEDONISTIK yang tidak berfaedah
~mereka lebih cenderung kepada keseronokan dan berpeleseran
~pendedahan oleh pihak media massa menghangatkan senario inI
~Manusia bukanlah HAIWAN ROBOTIK yang tidak mempunyai rasa dan jiwa
 
       FRASA FRASA BOMBATIK DALAM PENULISAN
*Memanifestasikan fikiran~menngunakn idea dengan sebaik baik nya
*memberikan impak~menulis/bercakap sesuatu
*rentatan senario itu~selepas fenomena itu
*jika ditelesuri~jika dikaji secara mendalam
*mutakhir ini~ pada masa kini
*alma meter ~sekolah/universiti/tempat belajar
*anjakan paradigma ~perubahan demi kemajuan atau kebaikan
*nawaitu diri~keinginan diri
*prakarsa~insiatif/daya usaha
*seantero dunia~seluruh dunia

 PENANDA WACANA UNTUK MEMULAKAN AYAT PERDAHULUAN KARANGAN
;) sedasawarsa ini sering meniti dari bibir ke bibir umat manusia di segenap penjuru dunia tentang isu .....
:) era pascaperindustrian dan pascaglobalisasi yang serba mencabar akal  dan minda kita ialah....
:) dalam dunia yang dilingkari kemajuan sains dan teknologi ini....
    ( nota tambahan untuk korang)
              ``sedasawarsan untuk 10 tahun  ``

PENANDA WACANA  UNTUK AYAT TERAKHIR PENDAHULUAN KARANGAN
=Oleh itu,kebaikan dan keburukan yang mewarnai fokos perbincangan akan dihuraikan dengan terperinci demi kebaikan bersama
=sebagai memperkukuh pernyataan tersebut, punca punca yang menunjangi masalah ini perlu diperincikan demi kebaikan bersama .
=usaha pasti akan membuahkan hasil kalau pelbagai langkah yang efektif dan drastik dilakukan segera untuk menagtasi masalah yang suddah bersarang lama di negara kita ini .
=tiada ubat tiada penawarnya,maka langkah2 yang konkrit,sistematik dan pragmatik harus dijalankan secara berterusan agar masalah ini boleh dibasmi hingga ke akar umbi..

PENANDA WACANA UNTUK AYAT PERTAMA SETIAP  PERENGGAN
--Pada realitinya,memang kita tidak dapat dinafikan bahawa......
--pada pandangan saya...
--pada hemat saya ...
--namun demikian,suatu hakikat yang tidak boleh dikesampingkan ialah ...
--sebagaimana yang kita maklumi

PENANDA WACANA UNTUK MENYATAKAN CONTOH
^Sebagai contohnya
^biar kita lihat
^bagi membuktikan perkara ini,contoh yang boleh diketengahkan
^sebagai analoginya
^contoh yang ketara yang paling dekat dengan kita ialah


PENANDA WACANA UNTUK KESIMPULAN KARANGAN
#intihanya
#dengan ini diharapkan
#mudah mudahan perkara ini
#sebagai menggulung segala yang telah diperkatakan di atas
#demi merealasikan visi kudsi wawasan 2020,marilah kita bersama sama
#jika semua masyarakat berganding bahu,ibarat bukit sama didaki,lurah sama dituruni,in sha ALLAH perkara ini akan ..

FRASA MENARIK-INDIVIDU-UNTUK DIGUNAKAN DALAM KARANGAN(INDIVIDU)
>>Insan kerdil ciptaan tuhan
>>sentiasa proaktif
>>menentukan kebahagiaan dalam nostalagia pagi
>>berpaksi pada kebenaran
>>meneroka idea baru membentuk
>>mempunyai daya intelek yang menggegarkan
>>inovasi yang sanggup membolosi
>>insan yang mampu melakukan anjakan paradigma(perubahan besar)
>>menentu nasib dan masa depan generasi akan datang
>>berada di ambang kejayaan
>>menjelaskan yang abstrak
>>kalau orang tidak lagi patuh lagi akan  undang-undang berlakulah anarki (tdak ada undan2)

TEKNIK BODY LANGUEGE
=MENGGUNAKAN *BAHASA BADAN*UNTUK MENINGKATKAN GAYA BAHASA KARANGAN ANDA!

 AYAT PELAJAR PMR
:)Ibu bapa hari ini tidak peduli tentang anak anak mereka

AYAT PELAJAR SPM
:)Ibu bapa  hari ini tidak prihatin terhadap anak anak mereka

AYAT PELAJAR YANG MENGIKUTI KURSUS
:)Ibu bapa hari ini hanya memejamkan mata,memekakkan telinga dan membisukan mulut terhadap gejala gejala negatif terhadap anak anak mereka

AYAT  CONTOH(KEMPEN) KARANGAN RESPONS TERBUKA (100m)

   Kita harus bersyukur dan berterima kasih kepada kerajaan kerana telah melancarkan pelbagai kempen kesedaran dalam jiwa  masyarakat majmuk di bumi ini.Sekalung budi wajar ditaburkan kepada  pentadbiran negara kerana telah membelanjakan berjuta-juta ringgit bagi menjayakan satu2 kempen ini.Marilah kita ambil contoh paling dekat dengan kita ..............Namun demikian kerancakan kempen ini gagal memberikan penyudah  atau kejituan yang ampuh dalam menyemai kesedaran dalam kalbu masyarakat atas sebab-sebab tertentu .Antara kegagalan kempen ini termasuklah pelancaran kempen ibarat hangat-hangat tahi ayam kerana permulaan yang baik namun penyudah yang lemah .Bukan iti sahaja,malah kempen ini juga menemui kebuntuan kerana berkiblatkan bandar-bandar mega sahaja .Oleh itu,kempen yang mampu memberikan suntikan semangat ini patut dilancarkan secara holistik .Dalam konteks ini,kawasan-kawasan bandar dan luar bandar termasuklah pendalaman negeri sabah dan sarawak dijadikan sebagai kesedaran tentang kempen ini .Pada masa yang sama  penyebaran maklumat atau informasi kempen sepatutnya berterusan tanpa henti yakni bermulanya tahun baharu hingga akhir tahun .Pada hemat saya,kempen  kesedaran yang strategik ini mampu menjadi platform bagi  masyarakat madani di  bumi yang bertuah ini .


OKELAH KORANG INI SAHAJA ILMU YANG NAK KONGSI DEKAT  KORANG SEMUA .SAYA HARAP SAYA DAPAT MEMBANTU KORANG SEBELUM MENGHADAPI UPSR,PMR,SPM ,TENGOK AYAT DIATAS, AYAT INI DITULIS OLEH PENCERAMAH SAYA .PANJANG KAN AYAT DIA ..OKE LAHH ..SAMPAI DISINI SAHAJA YANG SAYA DAPAT TULIS ..SAYA HARAP ILMU INI BERGUNA UNTUK KORANG SEMUA OKE .....SAYA AKHIRI UCAPAN SAYA DENGAN ALHAMDULILAH ....KERANA DAPAT  BERKONGSI DENGAN KORANG SEMUA ........ASSALAMUALAIKUM ....................